PM Wong ambil alih peranan setiausaha agung jawatankuasa tertinggi PAP

Diberitakan dari Pria4d Perdana Menteri Lawrence Wong akan mengambil alih jawatan tertinggi dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai setiausaha agung Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pemerintah itu daripada Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong. CEC adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti pemerintah itu.Pemilihan CEC ke-38 PAP – yang menyambut ulang tahunnya yang ke-70 pada 2024 – diumumkan di Persidangan PAP di Singapore Expo pada 24 November, dengan 12 anggota dipilih dan dua dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut. Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, menyertai jawatankuasa itu buat kali pertama selepas dilantik. CEC itu akan membawa PAP ke pilihan raya umum (GE) seterusnya, yang mesti diadakan menjelang November 2025. Mengumumkan peralihan kepimpinan CEC semasa persidangan itu, Encik Lee berkata beliau akan menyarankan Encik Wong, yang kini timbalan setiausaha agung, mengambil alih jawatan setiausaha agung. “Ini akan melengkapkan peralihan kepimpinan daripada saya kepada pengganti saya. Proses ini telah bermula sejak beberapa masa lalu. Pada 2022, menteri Kabinet pasukan 4G sangat menyokong Komrad Lawrence Wong sebagai pilihan mereka untuk memimpin mereka. Saya melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak lama selepas itu.
Dalam ucapnya di persidangan itu, Encik Wong berkata PAP telah memutuskan sudah tiba masanya bagi peralihan kepimpinan dalam parti itu. “Dengan langkah ini, kita akan menyelesaikan peralihan kepimpinan: Dalam pemerintah dan juga parti, obor telah diserahkan kepada generasi baru. Dengan sokongan anda, dan sokongan CEC yang baru dipilih, saya akan memimpin PAP dalam GE seterusnya,” kata beliau. Pada persidangan itu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan nama 12 anggota parti yang dipilih menyertai CEC itu daripada 19 calon dalam satu undi rahsia dan dua yang dilantik menyertainya selepas menerima jumlah undi ke-13 dan ke-14 tertinggi dalam kalangan kader parti. Undi itu dijalankan pada awal pagi 24 November. Anggota CEC yang dipilih ialah Encik Wong; Encik Lee; Encik Heng; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Dua anggota yang dilantik ialah Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, selepas mereka menerima jumlah undi ke-13 dan ke-14 tertinggi dalam kalangan kader parti. Senarai anggota dalam CEC baru itu melihat beberapa perubahan. Selain Encik Chee, Encik Tong adalah anggota yang baru dipilih. Beliau duduk dalam CEC lama sebagai anggota yang dilantik. Dalam CEC lama terdapat lima anggota lain yang dilantik, iaitu Dr Tan; Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo; Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng; Anggota Parlimen GRC East Coast, Cik Cheryl Chan; dan Encik Alex Yeo, anggota pasukan PAP yang bertanding di GRC Aljunied dalam Pilihan Raya Umum 2020. CEC baru boleh melantik lebih ramai anggota ke dalam jawatankuasa itu apabila mereka bermesyuarat, lazimnya beberapa minggu selepas persidangan parti. Menurut perlembagaan PAP, CEC hendaklah terdiri daripada tidak lebih 18 anggota. Seramai 12 anggotanya mesti dipilih pada persidangan parti, manakala hingga enam boleh dilantik menjadi anggotanya.


0 Komentar